A.K.O

All Klubai Organisation
.
Since 2002.

Tuesday, March 30, 2010

Rindu Semalam-Lirik

Kasih t'lah nyata semalam
Rindu bertandang di hati ku
Diri mu yang ku kenangkan
Diri mu di ingatan ku

Kasih didalam hati ku
Meronta mengenangkan diri mu
Sepanjang malam sepi ku
Ingatan ku hanya untuk mu

Ternyata aku tak bisa
Lalui setiap detik ku
Tanpa hembusan nafas mu
Di sisi ku tanpa diri mu

Kasih dengarkan lah rintihan hatiku
Rinduku ini hanya satu
Kasih mengertilah perasaanku
Rinduku hanya padamu
Rinduku hanya untukmu
Rinduku hanya padamu


By:Ezperazza/Emperor

Sunday, March 28, 2010

Lagu terbaru dari AKO yang bertajuk 'TAK MENYESALKAH' sudah siap 98% dan ketika ini masih dalam penilaian dan penelitian oleh AKO sendiri bersama-sama dengan ahli komiti yang berkenaan. Penelitian dibuat adalah bagi memastikan hasil dan kualitinya memuaskan untuk diperdengarkan kepada peminat-peminat AKO dan juga orang ramai.

Monday, March 15, 2010

Hey KlubaianZ , be sure to tune in to Pelangi FM on the 17th march 2010, 5pm for the latest single from A.K.O - rindu semalam! it's an awesome song indeed and something not to be missed!! \m/

Monday, March 1, 2010

NEWS!!!

Hi KlubaianZ

Sori sal batah nda membagi info tuk kamu...untuk pengetahuan semua di malam AKO baru selasai merakamkan lagu 'Rindu Semalam'. Bz bnr rasanya... sampai blog pun nda tebuat ehehehe.. lau pun ngalih p siuk jua salnya semangat tuk menaikkan nama AKO nie berkobar2...atu pun atas sokongan kamu semua...
Maybe next week lagu 2 kami antar ke radio2 tuk d mainkan..atu pun if kana men kan ehehehe...Hope kamu suka lagu anie....n if suka jgn lupa request k eheheh...n by next week jua AKO akan masuk studio lagi tuk merakamkan lagu baru 'Tak Menyesalkah' n afta atu baru tah lagu'Cerita Tengah Malam' (atas permintaan ramai). Bah atu saja dulu nanti ada g ku meng'update' 2 \m/

Biography A.K.O

Pada awal bulan Ogos 2002, Mohammad Danny dan 3 orang kawannya telah menubuhkan sebuah kugiran yang di namakan All Klubai Organisation (A.K.O). Anggota asal kugiran ini adalah Mohammad Danny (Emperor)-vokalis/gitar, Haris Fadillah (Merlin)-gitar, Pg Dahlan (Ojai)-bass dan Sahranol (P.King)-drum.

Mereka telah mencipta dua buah lagu iaitu Kita Sudah Berjauhan dan Engkau Ku Kenang Selalu lagu yang khas di cipta untuk guru. Mereka telah membuat persembahan yang pertama mereka di majlis Sambutan Hari Guru di Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah pada tahun itu juga. Dari situ mereka terus menghasilkan lagu-lagu baru. Kebanyakan lagu-lagu AKO di cipta oleh vokalis kugiran ini sendiri.

Anggota AKO ini sering bertukar ganti. Hingga sekarang anggota asal yang tinggal hanyalah Mohammad Danny (Emperor). Walau begitu beliau tidak pernah patah semangat untuk meneruskan perjalan AKO demi mencapai hasrat serta impiannya. Sekarang AKO telah menghasilkan lebih 30 buah lagu yg di cipta sendiri. Ada berberapa single yang sudah di rakamkan dan berkumandang di stesen-stesen radio d negara ini. Di antaranya adalah Crazy over you, Klubai Gang, Luahan Hati, Stress feat. Mitch Gizmo & Ku Ingin Tau.

AKO juga pernah mengadakan pertandingan nyanyian iaitu 'Klubaian Idol'. Manakala vokalis A Band Once - Faizul adalah salah seorang dari peserta dalam pertandingan tersebut hingga peringkat akhir, sayangnya pertandingan itu tidak dapat di teruskan atas sebab-sebab yang tertentu. AKO juga pernah menyertai pertandingan Simfoni Tanahair dengan lagu ciptaannya SAYANG yang di dendangkan oleh Joshua, tetapi hanya diperingkat pemilihan sahaja. AKO merancang untuk menghasilkan album pertama di masa yg terdekat ini. AKO juga pernah membuat berberapa buah persembahan di majlis-majlis perayaan dan juga di majlis persendirian.

AKO telah menubuhkan klab peminat bagi kugiran ini yang di namakan All Klubai Fan Club (A.K.F.C). Ia di tubuhkan pada 16 Oktober 2002. Mula-mula ahlinya cuma 7 org sahaja. Ianya adalah kumpulan belia yang mempunyai tujuan untuk menampilkan insan yang ingin bergiat dalam bidang musik dan apa saja yang berkaitan dengan seni. Moto klab ini ialah "Ceriakan hidup awda dan menceriakan hidup orang lain". Atas permintaan ramai AKFC telah meluaskan kemasukkan ahlinya. Tanpa di sangka ahlinya mencecah lebih 100 orang. Sejak di tubuhkan banyak kegiatan-kegiatan yang di jalankan bagi ahli-ahlinya. Antaranya adalah Perlawanan Bola Pantai, Lawatan, membuat pertandingan Nyanyian (Klubaian Idol), Annual Gathering dan banyak lagi.
Pada tahun 2008 nama AKFC telah di gantikan dengan KlubaianZ.



Emperor

Tic-Tac-Thooi