A.K.O

All Klubai Organisation
.
Since 2002.

Wednesday, February 24, 2010

Ada kah kamu rasa kamu cukup handal bermain keyboard...ada kah kamu rasa kamu klubai...so apa lagi AKO membuka kan peluang untuk kamu...ya kamu...untuk dtg mencuba keklubaian kamu...so jgn malu jgn segan dtg lah beramai2 eyh salah..dtg lah mencuba audisi pada bila2 masa k..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Biography A.K.O

Pada awal bulan Ogos 2002, Mohammad Danny dan 3 orang kawannya telah menubuhkan sebuah kugiran yang di namakan All Klubai Organisation (A.K.O). Anggota asal kugiran ini adalah Mohammad Danny (Emperor)-vokalis/gitar, Haris Fadillah (Merlin)-gitar, Pg Dahlan (Ojai)-bass dan Sahranol (P.King)-drum.

Mereka telah mencipta dua buah lagu iaitu Kita Sudah Berjauhan dan Engkau Ku Kenang Selalu lagu yang khas di cipta untuk guru. Mereka telah membuat persembahan yang pertama mereka di majlis Sambutan Hari Guru di Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah pada tahun itu juga. Dari situ mereka terus menghasilkan lagu-lagu baru. Kebanyakan lagu-lagu AKO di cipta oleh vokalis kugiran ini sendiri.

Anggota AKO ini sering bertukar ganti. Hingga sekarang anggota asal yang tinggal hanyalah Mohammad Danny (Emperor). Walau begitu beliau tidak pernah patah semangat untuk meneruskan perjalan AKO demi mencapai hasrat serta impiannya. Sekarang AKO telah menghasilkan lebih 30 buah lagu yg di cipta sendiri. Ada berberapa single yang sudah di rakamkan dan berkumandang di stesen-stesen radio d negara ini. Di antaranya adalah Crazy over you, Klubai Gang, Luahan Hati, Stress feat. Mitch Gizmo & Ku Ingin Tau.

AKO juga pernah mengadakan pertandingan nyanyian iaitu 'Klubaian Idol'. Manakala vokalis A Band Once - Faizul adalah salah seorang dari peserta dalam pertandingan tersebut hingga peringkat akhir, sayangnya pertandingan itu tidak dapat di teruskan atas sebab-sebab yang tertentu. AKO juga pernah menyertai pertandingan Simfoni Tanahair dengan lagu ciptaannya SAYANG yang di dendangkan oleh Joshua, tetapi hanya diperingkat pemilihan sahaja. AKO merancang untuk menghasilkan album pertama di masa yg terdekat ini. AKO juga pernah membuat berberapa buah persembahan di majlis-majlis perayaan dan juga di majlis persendirian.

AKO telah menubuhkan klab peminat bagi kugiran ini yang di namakan All Klubai Fan Club (A.K.F.C). Ia di tubuhkan pada 16 Oktober 2002. Mula-mula ahlinya cuma 7 org sahaja. Ianya adalah kumpulan belia yang mempunyai tujuan untuk menampilkan insan yang ingin bergiat dalam bidang musik dan apa saja yang berkaitan dengan seni. Moto klab ini ialah "Ceriakan hidup awda dan menceriakan hidup orang lain". Atas permintaan ramai AKFC telah meluaskan kemasukkan ahlinya. Tanpa di sangka ahlinya mencecah lebih 100 orang. Sejak di tubuhkan banyak kegiatan-kegiatan yang di jalankan bagi ahli-ahlinya. Antaranya adalah Perlawanan Bola Pantai, Lawatan, membuat pertandingan Nyanyian (Klubaian Idol), Annual Gathering dan banyak lagi.
Pada tahun 2008 nama AKFC telah di gantikan dengan KlubaianZ.



Emperor

Tic-Tac-Thooi